- JBS Sabah
- Hits: 364
100 PEMAIN SEPAK TAKRAW TUARAN HADIR SESI PEMILIHAN REBUT SLOT KE SUKAN SABAH (SAGA) KENINGAU 2019

TUARAN, 27 Julai 2019 - Hampir 100 orang pemain Sepak Takraw tebaik di daerah ini hadir sesi pemilihan pemain Sepak Takraw Tuaran bagi mewakili Pasukan Sepak Takraw SAGA Daerah Tuaran di Dewan Seri Sulaman Tuaran hari ini.
Pemilihan yang dikawal selia oleh Persatuan Sepak Takraw Tuaran (ASTAKA Tuaran), KBSS Tuaran dan PBSD Tuaran tersebut berlangsung selama 2 hari bermula 27 hingga 28 Julai 2019 dibawah pemantauan Jurulatih Yassin, Jurulatih Syahfiq dan Jurulatih Syhibin.
Menurut Pengerusi ASTAKA Tuaran, Encik Edul Haji Mulud berkata, daripada 100 orang pemilihan tersebut, hanya 15 orang pemain merangkumi posisi Tekong, 'Killer'dan 'Feeder' akan diserap sebagai persediaan pemilihan skuad untuk menghadapi Sukan Sabah (SAGA) Keningau 2019 yang dijadualkan pada 7-13 Disember 2019.
Turut hadir didalam sesi tersebut, Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 364








