
KOTA KINABALU, 5 Ogos 2019 - Seramai 49 orang telah memeriahkan perlawanan persahabatan tenpin boling anjuran Kelab Tenpin Boling Legasi Tuaran bersama agensi yang diadakan di One Borneo.
Bercakap dengan Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Presiden Kelab Tenpin Boling Legasi Tuaran merangkap Pengerusi Pengelola, Encik Jumar Bin Kamsari berkata perlawanan persahabatan tersebut melibatkan UiTM, UMS, Politeknik, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, King Borneo Bowlers, Pasukan Program Bakat dan Pelapis Sabah dan G100 Gabungan Persatuan dan NGO).
Beliau turut menambah, program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan dan sebagai medan ujian pencapaian peserta klinik Legasi Tuaran disamping mendedahkan dan memberi pengalaman kepada peserta klinik dengan format pertandingan sebenar. Terdapat 4 kategori yang diketengahkan dalam perlawanan persahabatan tersebut iaitu BERPASUKAN, INDIVIDU, DOUBLE MIXED DAN TRIOS.
Perlawanan tersebut menyaksikan Pasukan Program Bakat dan Pelapis Sabah menjuarai acara berpasukan, diikuti oleh Kelab Tenpin Boling Legasi Tuaran menyandang tempat kedua manakala King Borneo Bowlers di tempat yang ketiga. Bagi acara individu Johan disandang oleh En. Johari Johanis dari King Borneo Bowlers, tempat kedua disandang oleh Aiddy Suffian dari UMS dan tempat ketiga di sandang oleh Cik Nur Farah Iman dari UiTM.
Bagi acara Double Mixed, UiTM Sabah mengungguli di tempat yang pertama oleh En. Mohd Azri dan Cik Farah Nur Iman dengan jatuhan pin sebanyak 1242. Ditempat yang kedua Natalie Chong dan Bernad Wong dari Pasukan Program Bakat dan Pelapis Sabah dengan mencatat jatuhan pin sebanyak 1179. Manakala ditempat yang ketiga disandang oleh Kelab Tenpin Boling Legasi Tuaran, En. Mohd Zaqwan dan Cik Asnor Nasha dengan jatuhan pin sebanyak 1157. Bagi acara Trios Johan disandang oleh UMS, tempat yang kedua di sandang oleh Politeknik dan tempat ke tiga di sandang oleh King Borneo Bowlers.
Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh ADDO Tuaran, Leftenan Muda (B) Tn. Awil Bin Kamsari dan En. Talib mewakili MyBowl Sport Sdn. Bhd.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 404


.jpg)
.jpg)




