
TAWAU, 15 Ogos 2019 – Terdapat banyak Persatuan Belia khususnya di kawasan luar bandar yang bergerak aktif dalam pembangunan belia di kawasan masing-masing. Sehubungan dengan itu, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan belia luar bandar adalah baik jika pihak kerajaan memberikan Anugerah Khas kepada persatuan belia di kawasan luar Bandar.
Cadangan tersebut telah dibentangkan oleh Encik Aby Zeehad Bin Abdullah Sani pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah yang bertempat di Shangri-La’S Tanjung Aru Resort & Spa pada 14 Ogos 2019. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Belia Tawau merangkap Pengerusi Kelab Belia Perdana Semporna dipilih untuk membentangkan usul di persidangan itu bagi mewakili Bahagian Tawau.
Persidangan ini merupakan suatu flatform untuk para belia memberi cadangan dan idea bernas serta isu atau usul berkaitan pembangunan belia di Negeri Sabah melalui kaedah yang betul dan secara langsung kepada Agensi Kerajaan. Usul dari Bahagian Tawau dilihat rasional kerana persatuan belia luar bandar agak sukar untuk bersaing dengan persatuan belia di bandar yang lebih proaktif. Perwujudan Anugerah Khas adalah bagi mendorong persatuan belia agar terus bergerak aktif dalam pembangunan belia di kawasan luar bandar juga sebagai penghargaan daripada kerajaan agar menjadi pemangkin kepada semangat para belia agar bergerak aktif dan melibatkan diri dalam persatuan dan menjadi contoh kepada belia yang lain.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 345









