- JBS Sabah
- Hits: 288
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI TAHAP 1 PERINGKAT BAHAGIAN KENINGAU 2019

KENINGAU, 28 OGOS 2019 - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau telah melaksanakan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Peringkat Bahagian Keningau pada 26 - 28 Ogos 2019 bertempat di Arena Belia Keningau.
Program ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Persatuan/Kelab Belia Daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.
Antara objektif program ini adalah bagi melatih pemimpin pelapis sekurang-kurangnya berstatus eksekutif didalam organisasi/ persatuan di pelbagai peringkat dan melahirkan tenaga pelatih sama ada sebagai penceramah/ fasilitator/ jurulatih didalam bidang kepimpinan.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan Oleh YBhg. Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Turut hadir Ybrs. Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau dan Ybhg. Encik Madlee Mason, Pegawai Belia dan Sukan Kememnterian Belia dan Sukan Daerah Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 288






.jpg)