KOTA KINABALU, 13 September 2019 - Sesi penyerahan Nota Serah Tugas oleh Encik Ibi Mongai yang bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan kepada Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah diadakan hari ini.
Majlis ringkas tersebut dibuat sejurus selepas Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat berakhir. Dalam ucapan ringkas Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Ibi Mongai yang telah banyak berjasa dan berkhidmat kepada Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Sebagai rekod, Encik Ibi Mongai mula berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah pada 4 November 1985 dan berpengalaman luas di dalam pelbagai unit. Beliau meneruskan kecemerlangan di Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat pada 2 Januari 2015 dengan memegang polio Pegawai Unit Pembangunan Sukan.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat

- JBS Sabah
- Hits: 419

.jpg)

.jpg)