
BELURAN, 26 Ogos 2019 – Sandakan merupakan salah satu bahagian yang terpilih untuk menjalankan Program Inspirasi Anak Muda (I AM). Dua buah sekolah telah terpilih bagi menjayakan Program I AM iaitu SMK Beluran Bestari dan SMK Tongod.
Mesyuarat Penyelarasan Program Inspirasi Anak Muda (I AM) yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Beluran pada 23 Ogos 2019. Taklimat yang telah dikendalikan oleh Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan turut dihadiri oleh wakil daripada SMK Beluran, IPD Beluran, PPD Beluran dan PPD Telupid.
Program yang dahulunya dikenali sebagai Projek Angkat Dan Upaya (PADU) telah ditambahbaik dengan beberapa pendekatan terkini bertujuan memberi impak berkesan kepada pengurangan gejala gangsterisme, jenayah dan mengurangkan gejala sosial di kalangan anak muda. Adalah diharapkan sepanjang program ini dijalankan agar semua pihak yang terlibat dapat memberi kerjasama dan mendapat manfaat secukupnya.
Oleh:
Idi bin Ladinda
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 365







