TAWAU, 1 OGOS 2019 – Seramai 40 orang sukarelawan mendengar taklimat dan penerangan tentang tugasan semasa Program Fit Malaysia 2019 Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 3 hingga 4 Ogos 2019 nanti.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ponniah A/L Palanniapen, Pegawai Sukan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah di Dewan Kuliah pada petang semalam. Para sukarelawan yang juga adalah pelajar-pelajar Kolej Komuniti bersedia memberi komitmen terhadap segala tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka.
Sebelum taklimat Encik Ponniah mewakili JBS(P) Negeri Sabah juga telah membuat kunjungan hormat kepada Pangarah Kolej Komuniti iaitu Encik Sofian Muhd berkenaan pelepasan para pelajar untuk bertugas disamping mempromosikan program Fit Malaysia tersebut. Pengarah Kolej Komuniti menyambut baik kerjasama yang diwujudkan dan berharap agar boleh bekerjasama lagi di masa akan datang.
Turut hadir bersama ialah Encik Felix Den Anthony Paru, Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Tawau.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau

- JBS Sabah
- Hits: 295