
RANAU, 13 Julai 2019 - Satu Bengkel Pemerkasaan Akar Umbi Peringkat Daerah Ranau telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Arena Belia Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Daerah Ranau.
Bengkel ini dihadiri seramai 35 pemegang jawatan dari pelbagai kelab belia di Daerag Ranau. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar daripada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah dan WP Labuan, Puan Suzirani Muamat kepada kelab-kelab belia khusus dalam penyediaan laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang wajib dihantar pada setiap tahun selepas kelab belia mengadakan mesyuarat agung.
Bengkel anjuran Pejabat KBSS Ranau dan Pejabat Belia dan Sukan (P) Daerah Ranau ini turut menjemput Exco Majlis Belia Sabah (MBS) dan Pegawai KBSS bagi masing-masing memberi taklimat berkaitan peranan dan fungsi MBS serta KBSS untuk para belia-belia di Sabah. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Jaini Ag Jad, Pegawai KBSS Bahagian Pantai Barat Selatan mewakili Setiausaha Tetap KBSS dengan jayanya.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 422

.jpeg)
.jpg)
.jpg)




.jpeg)