
KOTA KINABALU, 10 Julai 2019 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah menerima kunjungan daripada Kelab Pembangunan Kerjaya Belia Malaysia hari ini.
Kelab yang ditaja oleh INTER tersebut diwakili oleh Cik Lisa Jane dan Cik Eliana Ujai bertujuan mengadakan perbincangan bersama Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas. Skop perbincangan meliputi jalinan kerjasama program dan promosi peluang-peluang pekerjaan pelbagai sektor perindustrian kepada golongan belia di Semenanjung Malaysia.
Turut bersama didalam perbincangan tersebut, Pegawai Unit Pembangunan Belia Bahagian Pantai Barat, Encik Jius Gokin.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 303









.jpg)