
KENINGAU, 27 JUN 2019- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilifitri Gabungan Persatuan Belia Bahagian Keningau telah diadakan pada 22 Jun 2019 yang lalu bertempat di Dewan Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Keningau.
Menjelang Bulan Syawal Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah diseluruh negara. Dikesempatan ini warga belia Daerah Keningau mengambil peluang dalam sambutan ini bersama-sama dalam memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Daerah Keningau dalam terus menjalinkan hubungan yang erat sesama persatuan dan kelab belia Daerah Keningau.
Turut hadir program ini Ybhg.Encik Madlee Mason, Pegawai Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Daerah Keningau dan Encik Mohd Sofian Bin Samad, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan Ybrs. Encik Iranmal Bin Haji Kasan, Pengerusi Gabungan Persatuan Pedalaman Atas Keningau,
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 372








