
KOTA KINABALU, 17 Jun 2019 - Sempena meraihkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah sekali lagi menyertai acara berkenaan.
Tujuan program ini adalah meraihkan Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan Perpaduan dikalangan Penjawat Awam Persekutuan mahupun Negeri. Selain itu, program ini juga merupakan program tahunan yang sering mendapat Sambutan yang mengalakkan daripada semua agensi Kerajaan Persekutuan diseluruh Negeri Sabah.
Pihak Jabatan pada tahun ini menyediakan juadah makanan tradisional iaitu kelupis dan kuah kacang. Bagi menambahkan keceriaan Sempena Majlis berkenaan Team JBSN Sabah juga menghias booth makanan dengan tema ala kampung bagi mengamit kenangan beraya di kampung halaman.
Oleh:
Yum Maren Bin Basri
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 307








