- JBS Sabah
- Hits: 285
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAKAN MUDA RAMADAN 1440H/2019M

PUTATAN, 21 Mei 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadan 1440H/2019M diadakan hari ini bertempat di Pejabat Daerah Beaufort.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik R. Effendi Bin Razali, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan dihadiri oleh agensi-agensi serta Ngo's di daerah ini.
Antara pengisian majlis tersebut ialah Tazkirah, Majlis Khatam Al-Quran, Penyerahan sumbangan kepada asnaf dan anak yatim.
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YB Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang akan turut sama dalam aktiviti sukan malam iaitu perlawanan persahabatan antara Pasukan Pilihan YBM dan Pasukan Pilihan Parlimen Beaufort.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 285










