
KUDAT, 28 Mac 2019 - Majlis Perundingan Belia Bahagian Kudat telah diadakan di Pejabat Daerah Kudat yang telah dipengerusikan oleh YBhg Tuan Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Kudat.
Persidangan ini dihadiri oleh wakil dari Pejabat Daerah Pitas, Pejabat Daerah Kota Marudu dan Pejabat Daerah Kota Belud, Wakil Majlis Belia Sabah, Wakil Majlis Belia Daerah Kota Marudu, Persekutuan Pengakap Daerah Kudat, Persatuan Pandu Puteri Cawangan Kudat serta Persatuan dan Kelab Belia sekitar Bahagian Pantai Barat Utara. Dalam Persidangan ini sebanyak 7 usul telah dipersetujui untuk dibawa ke Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah akan datang.
Turut hadir ke Majlis Perundingan Belia Bahagian Kudat ialah YBhg Tuan R.Effendi bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Oleh:
Jafri Bin Nordin
PBSB Kudat
Jafri Bin Nordin
PBSB Kudat
- JBS Sabah
- Hits: 327













