
TAWAU, 19 Mac 2019 – Seramai lebih kurang 52 belia telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Bahagian Tawau 2019 bertempat di bilik persidangan Majlis Perbandaran Tawau pada 18 Mac 2019 yang lalu.
Majlis anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau dan Persatuan Gabungan Belia Bahagian Tawau ini telah dirasmikan oleh Encik Alijus Sipil, Presiden Majlis Perbandaran Tawau.
Persidangan ini yang telah menghimpunkan pengerusi-pengerusi persatuan belia serta agensi-agensi kerajaan merupakan satu platform untuk para belia akar umbi berkongsi pandangan dan idea serta menentukan halatuju terbaik bagi belia-belia di Bahagian Tawau khasnya.
Presiden dalam ucapannya berharap agar semua mendapat manfaat yang optimum daripada persidangan tersebut. Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah Encik R Effendi Bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Darmiji Bin Bustan, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Daerah Tawau serta Encik Suryady Bin Bandy, Pengerusi Persatuan Gabungan Belia Bahagian Tawau.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSN Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 303

.jpg)




.jpg)


.jpg)
.jpg)