
PUTATAN, 13 Mac 2019 - Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah membuka tirai dengan mengadakan penilaian atau temuduga calon-calon bermula pada 7 hingga 12 Mac 2019 yang lalu .
Pada tahun ini, Anugerah Perdana Belia dipertandingkan mengikut 3 Kategori iaitu, Anugerah Pemimpin Lelaki, Anugerah Pemimpin Wanita serta Anugerah Pertubuhan Belia. Sesi temuduga ini terbahagi kepada dua dengan menampilkan 6 panel penilai dari Agensi seperti Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Universiti Malaysia Sabah dan Majlis Belia Sabah bagi memastikan penilaian calon lebih sistematik dan strategik.
Penilaian dimulakan dengan calon-calon dari Bahagian Pantai Barat bagi kategori individu dan kategori pertubuhan antaranya Junior Chamber International, Persatuan Puteri Islam Malaysia Tuaran serta Young Movement Malaysia (YMM) Kota Kinabalu.
Oleh:
Nurhayati Hj Salleh
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 291












