- JBS Sabah
- Hits: 412
MESYUARAT PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN BELIA & KERDIPAN ATLET CEMERLANG KENINGAU 2019

KENINGAU, 13 Februari 2019 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Himpunan Usahawan Belia & Kerdipan Atlet Cemerlang Keningau 2019 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Kementerian Belia dan Sukan Daerah Keningau.
Pelaksanaan secara karnival akan dilaksanakan selama tiga (3) hari berturut-turut iaitu pada 21 - 23 Februari 2019 dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun rapi.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Ghulam Rasul Bin Hapil, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Ybhg. Encik Fedrius Bin Jumi, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau, Inspektor James Ding, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, dan Cik Ivy Rudoplh, Pengurus RTM Keningau FM serta agensi-agensi Kerajaan Negeri & Persekutuan.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 412







