
TAWAU, 12 Mac 2019 – Satu sesi temuduga calon Anugerah Belia Perdana Negara telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau pada 8 Mac 2019 yang lalu, dimana seramai empat (4) orang calon dari Bahagian Tawau telah menghadiri temuduga untuk Anugerah Belia Perdana Negara Kategori Individu Lelaki.
Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia Malaysia dalam pelbagai bidang. Anugerah ini dinamakan Anugerah Perdana Belia Negara bagi meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang serta menunjukkan kepada masyarakat sumbangan belia ke arah pembangunan Negara.
Sesi temuduga telah dikendalikan oleh Dr Getrude C. Ah Sang @ Grace, Psikilogi Sosial Universiti Malaysia Sabah, Encik Nuadzad dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 358









