- JBS Sabah
- Hits: 380
SAMAL-SAMAL A MENUNJUKKAN BELANG

SEMPORNA, 25 Februari 2019 – Pasukan Samal-Samal A menunjukkan belang setelah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan Futsal Lelaki sempena Program Sukan Luar Bandar Sabah 2019.
Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna telah menganjurkan Program Sukan Luar Bandar Sabah 2019 pada 23hb Februari 2019 yang lalu bertempat di Pulau Bum-Bum Semporna. Pertandingan Futsal telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang di Gelanggang Futsal Sk. Balimbang, Pulau Bum-Bum, Semporna.
Dalam pertandingan tersebut, Samal samal A membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah Satu Ribu Ringgit (RM1000) manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan Monster fc dengan hadiah wang tunai sebanyak Tujuh Ratus Ringgit (RM700). Tempat ketiga pula disandang oleh Adam A manakala tempat keempat dimenangi oleh Tundun fc, kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai yang berjumlah Tiga Ratus Ringgit (RM300).
Majlis penyampaian hadiah pemenang telah disampaikan oleh Encik R. Effendi Razali, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sabah diiringi oleh Puan Mazlina Binti Maming iaitu Penolong Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau.
Oleh:
Florence Binti Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 380








.jpg)