
KUALA LUMPUR, 12 Februari 2019 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KBS 2018 telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Majlis yang berlangsung saban tahun ini bertujuan menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang dalam kalangan warga Team KBS seluruh negara.
Puan Anita Binti Selamat, Pembantu Belia dan Sukan S22, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah diberi penghormatan sebagai penerima bagi tahun 2018. Hadir sama ke majlis tersebut YBhg. Encik R.Effendi bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Anita dan diharapkan kecemerlangan ini diteruskan demi nama baik pasukan
Oleh:
Idi Ladinda
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 319







