- JBS Sabah
- Hits: 343
KELAB TAEKWONDO ALPHA SATU (WT) KENDALIKAN SEMINAR PENGADIL POOMSAE SIRI 1, 2018/2019

TAMPARULI, 24 November 2018 - Kelab Taekwondo Alpha Satu Tamparuli telah mengendalikan Seminar Pengadil Poomsae Siri 1 bagi tahun 2018/2019 bertempat di Dewan Arena Belia KBSS Tamparuli hari ini.
Bercakap dengan Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir, Ketua Jurulatih merangkap Timbalan Pengerusi Badan Pengadil UTSA, Master Mohd. Iskandar Shamsudin berkata, program tersebut merupakan anjuran Badan Pengadil UTSA dengan penglibatan 52 orang peserta dari seluruh Sabah yang telah berjaya menghabiskan program berkenaan dengan bantuan jurulatih Master John Henry dari Taekwondo Malaysia.
Iskandar juga menambah objektif program berkenaan untuk memberi pendedahan mengenai kursus pengadilan poomsae serta undang-undang pertandingan poomsae kepada atlit taekwondo UTSA.
Turut hadir, Presiden UTSA, Master Francis Langkab dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 343









