BEAUFORT, 19 Disember 2018 - Pegarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. En. R Effendi Bin Razali telah membuat lawatan kerja rasmi ke Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort. Lawatan kerja rasmi ini adalah bertujuan untuk melihat operasi pejabat-pejabat belia dan sukan bahgaian yang ada diseluruh negeri Sabah pada masa yang sama pihak Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort juga telah menyampaikan taklimat mengenai Pentadbiran, program-program dan isu serta permasalahan sepanjang tahun 2018 kepada YBhg Tuan Pengarah. Turut sama dalam Lawatan Kerja Rasmi ini ialah En. Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan di Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort. Oleh: Mohamad Safwan Bin Ibrahim PBSB Beaufort
BEAUFORT, 18 Disember 2018 - Satu mesyuarat pembentukan Jawatankuasa bagi persediaan melaksanakan Festival Beaufort bagi tahun 2019 telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Shaid Bin Othman, Pegawai Daerah Beaufort. Penganjuran Festival Beaufort ini adlah untuk mengenengahkan Tradisi Masyrakat sekitar Daerah Beaufort melalui acara Bagandang, Tarian dan pakaian. Festival ini dijangka akan berlansung pada 28 hingga 31 Mac 2019 yang mana cadangan perasmi ialah YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam jawatankuasa festival Beaufort ini Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort bersama Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Beaufort telah diberi tugasan untuk memimpin Jawatankuasa Pengurusan Persembahan/Produksi. Oleh: Mohamad Safwan Bin Ibrahim PBSB Beaufort
BEAUFORT, 17 Disember 2018 : Bertempat di Padang Bola Sepak Kompleks Sukan Beaufort telah berlansungnya Klinik Bola Sepak U10 – U16 Peringkat Daerah Beaufort anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort bersama Kelab Bola Sepak Bersatu Beaufort yang melibatkan seramai 80 orang peserta. Objektif utama penganjuran klinik ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru seawal umur 10 tahun untuk diketengahkan pada masa akan datang disamping menerapkan budaya bersukan kepada masyarakat yang mana klinik ini dipimpin oleh En. Osmera Amaro, Jurulatih di Akademi Pembangunan Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan di akhir klinik satu perlawanan persahabatan telah diadakan antara pasukan bola sepak U16 Beaufort dan U16 Wilayah Persekutuan Labuan. Klinik ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman Yakob, Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang merupakan penaung kepada Kelab Bola Sepak Bersatu Beaufort. Turut hadir iaitu En. Awg Anak Abd Sani, Pengerusi Kelab Bola Sepak Bersatu Beaufort dan En. Mohamad Safwan Bin Ibrahim mewakili Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort. Oleh: Abdul Aziz Ason PBSB Beaufort
SIPITANG, 17 Disember 2018 - Atlit-atlit Kelab Olahraga TA, Tuaran terus mempamerkan aksi berbisa dan memukau apabila berjaya membawa balik 8 pingat emas, 10 pingat perak dan 10 pingat gangsa di dalam Kejohanan Padang & Balapan Terbuka Sipitang 2018 yang berlangsung di Kompleks Sukan Sipitang pada 15 - 16 Disember 2018. Skuad TA yang baru tiba di Tuaran hari ini yang ditemui oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan, Presiden merangkap Ketua Jurulatih Kelab Olahraga TA, Tuaran Encik Victor Suan berkata kejohanan kali ini TA hadir dengan kekuatan 21 orang atlit dan dibantu oleh barisan jurulatih yang terdiri daripada Josephen Maria Job, Chaperone, Theodora Sintek Yetty dan Chef de mission, Valentine Suan. Victor turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua AJK Tertinggi dan ahli-ahli TA kerana bertungkus lumus mempersiapkan atlit dari segi tenaga, masa dan wang ringgit hingga kesemua atlit TA telah menunjukkan aksi yang cemerlang serta berusaha keras bagi meraih kejayaan di sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
SANDAKAN, 17 DISEMBER 2018 – Satu aktiviti sukan badminton telah diadakan di Kompleks Sukan komuniti Batu 12 Sandakan pada 5 Disember 2018 (rabu) bermula 3.00pm hingga 5.00pm. Aktiviti sukan ini melibatkan semua staff seramai 11 orang termasuk ketua jabatan Puan Munirawaty binti Undang. Objektif aktiviti sukan ini diadakan adalah untuk memupuk tali silaturrahim dan suai kenal antara staff serta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Oleh: Marsitah binti Hj Abdul Samat PBSB Sandakan
TUARAN, 12 Disember 2018- Seramai 105 atlit MBV Taekwondo Club Sabah (WTF) hadir ke Program Kyorugi Sabah-Thailand Training Camp Phase 2 yang bermula hari ini sehingga 16 Disember 2018 bertempat di Dewan SJKC Chen Sin Tuaran dan Dewan Datuk Patrick Jilan Linangkit, Selupoh. Para atlit MBV telah diberikan taklimat dan ceramah Nutrisi Permakanan Sihat pada hari pertama oleh Pegawai-Pegawai dari Institut Sukan Negara. Sementara itu, Ketua Jurulatih merangkap Pengerusi Teknikal MBVCTS, Grand Master Barry Voon ketika ditemui oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran di Dewan SKJC Chen Sin berkata objektif penganjuran program berkenaan adalah memberi peluang kepada atlit-atlit muda serta jurulatih kelab MBV dari seluruh Sabah untuk meningkat pengetahuan serta memperbaiki prestasi dalam sukan taekwondo, khususnya dalam acara Kyorugi (Fighters). Program latihan berkenaan akan dikendalikan oleh jurulatih kelab itu iaitu Encik Joseph Kung dan Encik Rusfredy Petrus Tokan. Selain itu, bagi memantapkan lagi program latihan tersebut, pihak MBV juga telah menjemput En. Ryan Chong Wy Lunn, Jurulatih SUKMA Negeri Perlis dan Encik Nacha Punthong, Ketua Jurulatih Kelab Nacha Taekwondo Team, Thailand. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
TAWAU, 12 Disember 2018 – Seramai empat (4) orang sukarelawan MyCorps Malaysia telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau pagi tadi. Mereka ialah Muhsin Bin Jamel, Daniel Ismail, Aisyah Bazuki dan Thalismiri Chandra. Kesemua mereka yang berasal daripada Selangor, Johor, Putrajaya dan Kedah akan melaksanakan Program Sukarelawan MyCorps Malaysia Intermisi 2018 di Daerah Semporna selama sebulan bermula pada 12 Disember 2018 ini. Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan program MyCorp serta mengenalpasti kelab dan persatuan belia yang bakal bekerjasama dalam program tersebut. Puan Mazlina Maming, Ketua Jabatan PBSP Tawau telah memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada para sukarelawan terutamanya berkenaan budaya penduduk sekitar Semporna. Oleh: Florence Kasamin PBSB Tawau
TELIPOK, 11 Disember 2018- Barisan atlit Kelab Master Barry Voon Taekwondo Club, Tuaran (MBVTC) menggegarkan Kejohanan Taekwondo '1st MBV Closed' yang telah berlangsung pada baru-baru ini di Grand Merdeka, Manggatal, Telipok. Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir, yang dihubungi oleh jurulatih MBV Taekwondo Tuaran Club, Joseph Kung dan Josephine Kung berkata atlit mereka berjaya membawa pulang sebanyak 19 pingat emas, 4 pingat perak dan 16 pingat gangsa sekaligus menyapu bersih acara Kyrogi (Fighters). Menurut Josephine lagi, melalui kutipan pingat tersebut telah menjadikan MBVTC mendapat tempat Ke-2 keseluruhan dibelakang Kelab MBV Penampang. Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua ibu bapa atlit yang begitu bersemangat dalam memberikan sokongan moral kepada anak-anak MBV Tuaran Club. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
TAWAU, 11 Disember 2018 – Pada hari ini satu Taklimat Keselamatan Projek Kolam Renang telah dilaksanakan oleh Encik Azman Berahima, Jurutera Perunding tapak utama bertempat di Kompleks Sukan Tawau. Selain taklimat keselamatan, lawatan ke tapak pembinaan cadangan kompleks sukan renang itu juga adalah bertujuan untuk membuat pemeriksaan material on-site. Turut hadir bersama adalah pihak konsultan, kontraktor dan Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Oleh: Florence Kasamin PBSB Tawau
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262