PUTATAN, 10 Disember 2018 – Satu sesi perjumpaan Sukarelawan MyCorps dan Koordinator Negeri Sabah bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik R. Effendi bin Razali telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah. Sesi tersebut diadakan bagi membincangkan persiapan dan perlaksanaan Program Sukarelawan MyCorps Malaysia Intermisi 2018 di Negeri Sabah. Seramai (12) orang peserta sukarelawan MyCorps akan terlibat dalam melaksanakan progam ini. Penempatan sukarelawan MyCorps dan Koordinator Negeri tersebut bermula pada 09 Disember 2018 sehingga 19 Januari 2019 di Tawau (Pulau Mabul), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Pulau Banggi). Perbincangnan tersebut turut dihadiri oleh Puan Hasmah Ajem, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda bersama tiga orang pegawai Rakan Muda, Puan Jovanna Juanis dan Puan Fredah Bt Sulin dan Hazreen Mahassan. Oleh: Jovanna Juanis JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 339



