- JBS Sabah
- Hits: 319
PUTATAN MUAY THAI CHAMPIONSHIP 2018

PUTATAN, 12 November 2018 – Putatan Muay Thai Championship 2018 telah diadakan pada 10 November 2018 yang lalu bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Muay Thai Daerah Putatan adalah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Pejabat ADUN N.18 Petagas. Kejohanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada daerah-daerah lain negeri Sabah seperti Keningau, Tawau dan Papar termasuk daripada Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebanyak 22 kategori dipertandingkan dengan penyertaan seramai 120 orang keseluruhannya. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YB. Datuk Hj. Uda Bin Sulai, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri merangkap ADUN N.18 Petagas.
Oleh:
Zainudin Atin
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 319









