- JBS Sabah
- Hits: 348
LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH

TAWAU, 9 November 2018 - Kesinambungan daripada keputusan kerajaan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) serta merta, kakitangan tetap daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara telah diserap ke Kementerian Belia dan Sukan. Bagi kakitangan tetap JLKN Negeri Sabah, mereka telah melapor diri di Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah pada 7 November lalu. Seramai empat (4) orang daripada mereka telah ditempatkan di Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau.
Mereka ialah Puan Edrawati Binti Edris, Puan Rosnia Binti Omai, Encik Saiful Izran Bin Momen dan Encik Zasmin Bin Zakaria. Kehadiran mereka telah disambut oleh Puan Mazlina Maming, Ketua Pejabat PBS (P) Bhg. Tawau seterusnya mengadakan sesi taklimat dan suaikenal pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat PBS(P) Bahagian Tawau. ‘Lebih ramai, lebih meriah’, kehadiran mereka ke pejabat ini dialu-alukan dan berharap dapat bekerjasama dengan baik.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Bahagian Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 348









