
SANDAKAN, 2 Disember 2018 – Persatuan Belia akar umbi Sandakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah Bahagian Sandakan dan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Sembang Santai Belia Akar Umbi bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Program tersebut telah dihadiri sendiri Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu YB. Datuk Frankie Poon dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada belia-belia akar umbi daerah Sandakan.
Antara matlamat utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan erat antara pemimpin dengan belia akar umbi. Dalam masa yang sama, persatuan belia dan persatuan sukan turut mengambil peluang mengutarakan pendapat dan perkongsian idea dalam memperkasakan persatuan belia dan sukan.
Program ini turut dihadiri oleh Puan Munirawaty Binti Undang selaku Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan dan Encik Roland Henry Lindan selaku Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (N) Bahagian Sandakan
Oleh:
Munirawaty Binti Undang
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 329







