BEAUFORT, 10 Januari 2019 – Bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort telah berlansungnya satu Taklimat Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM). Objektif utama taklimat ini ialah inisiatif kerajaan membantu penjawat awam untuk memiliki rumah yang berkualiti dilokasi yang strategik pada harga mampu milik yang kurang daripada harga pasaran. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Norhisam Osman dan Cik Elicca Jimiko mewakili Landmark Property Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai pemaju bagi projek PPAM Puncak Gloxinia ini. Oleh: Mohamad Safwan Bin Ibrahim PBSB Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 459
