
TAMPARULI, 19 November 2018 - "Perkukuhkan hubungan baik sedia ada dengan semua NGO dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan di daerah Tuaran". Demikian perutusan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Tuan Haji Ghulam Rasul Hapil sempena dengan Lawatan Kerja ke Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah daerah Tuaran di Arena Belia Tamparuli hari ini.
Lawatan Kerja Timbalan Setiausaha Tetap KBSS ini merupakan siri jelajah ke semua Bahagian dan daerah di Sabah bertujuan mendengar dan mendapatkan input-input daerah bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.
Taklimat Pejabat telah disampaikan oleh Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Daerah Tuaran, Encik Eldrige Baxter Jilan dan Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir.
Turut hadir didalam lawatan tersebut, wakil Bahagian Pembangunan Belia KBSS, Puan Faridah Masi dan wakil Bahagian Pembangunan dan Pentadbiran KBSS, Encik Azmi.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 344










