
KENINGAU, 15 November 2018- Kelab Rakan Muda Keningau dengan kerjasama Kolej Geomatika Keningau berbincang untuk melaksanakan Bengkel Asas Kemahiran “4 in 1” pada penghujung bulan ini.
Antara perbincangan yang dipersetujui adalah mengadakan Bengkel Pengacaraan, Bengkel Editing Video, Bengkel Photoshop dan Bengkel Solekan dan Penampilan Diri. Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah memberikan pengetahuan kemahiran asas kepada belia, sekaligus menggilap bakat kemahiran pada diri belia masa kini.
Perbincangan tersebut dihadiri oleh Puan Siti Sarah Bt. Md. Yusof selaku Timbalan Reaktor Hal Ehwal Pelajar Kolej Geoamatika, Encik Mohd Dhihya Bin Sahlan, Pengerusi Kelab Rakan Muda Keningau dan Encik Mohd Sofian Bin Samad mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau .
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 296





