KENINGAU, 17 Januari 2019- Pertandingan “Selfie” Sempena Karnival Jom Keningau 2019 telah diadakan hari ini bertempat di Padang Bandaran Keningau. Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Ybhg. Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau. Karnival Jom Keningau telah berlangsung bermula 13 hingga 20 Januari 2019 anjuran Syarikat Evolusi Hall Enterprise Keningau telah mengetengahkan pengisian program berteraskan minat dan trend belia pada masa kini. Antara pengisisan program adalah seperti Mobile Legends,Pertandingan Seni Tari,Street Soccer 3 On 3,Car Auto Show, Pertandingan Selfie dan Battle Of The Bands. Majlis Perasmian pada 19 Januari 2019 dijangka akan dirasmikan oleh Ybhg. Encik Adzhar Tan Sri Datuk R.M Jasni, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah. Oleh: Ryandie Angsukup PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 348
