TONGOD, 14 Januari 2019 – MyCorps Malaysia dengan kerjsama belia akan umbi daerah Tongod telah menganjurkan pertandingan persahabatan sukan bola tampar bermula 14 Januari 2019 hingga 16 Januari 2019. Pertandingan persahabatan tersebut diadakan di Gelanggang Bola Tampar Kampung Mananam, Tongod. Sebagai rekod, MyCorps Malaysia dengan hasil inisiatif belia akar umbi kampung sekitar telah melakukan penambahbaikan gelanggang bola tampar tersebut untuk kegunaan orang kampung. Program ini merupakan program tambahan bagi Projek Aqueduct Tongod yang dijalankan oleh MyCorps dan telah dihadiri oleh Encik Patrick Suhaimi, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Sabah, Daerah Tongod bersama penduduk kampung sekitar. Oleh: Munirawaty Binti Undang PBSP Sandakan.
- JBS Sabah
- Hits: 288
