
SEMPORNA, 27 Februari 2019 – Sukan rakyat masih mendapati tempat dihati masyarakat Pulau Bum-Bum apabila seramai 80 peserta telah mengambil tempat dalam acara-acara sukan rakyat sempena Program Sukan Luar Bandar di Pulau Bum-Bum, Semporna yang diadakan pada 23 dan 24 Februari 2019 yang lalu.
Program Sukan Luar Bandar ini merupakan program yang julung kalinya diadakan di Pulau tersebut yang mana rata-rata penduduknya adalah daripada suku kaum Bajau. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna.
Dalam kemeriahan acara sukan rakyat tersebut, secara langsung ia dapat mengeratkan silaturahim dan meneruskan warisan budaya bangsa kerana ia merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi nenek moyang. Terdapat enam acara yang telah dipertandingkan iaitu Boling Kelapa, Semakin jauh semakin sayang, Hujan Salji, Menganyam Ketupat, Bom Beracun dan Tiup Belon bagi kanak-kanak.
Hadiah-hadiah bagi setiap acara telah disampaikan oleh Encik Iser Bin Haji Kabulan, Guru Besar SK. Balimbang, Encik Marasun, Pegawai Belia dan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Daerah Semporna serta En. R. Effendi Razali, Pengarah JBS Negeri Sabah.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 357








