KUDAT, 17 Mac 2019 - Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Kudat 2019 Anjuran Persatuan Anak Bangsa Ubian Kudat dengan Kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Kudat dan Astaka Kudat telah diadakan hari ini.
Seramai 28 pasukan berentap bagi merebut Gelaran Johan,Naib Johan dan tempat ketiga. Perlawanan ini menyaksikan Pasukan Humfaz dinobat Johan setelah menewaskan Pasukan DSDR, manakala ditempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Radap.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Jafrin Nordin, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Kudat.
RANAU, 17 Mac 2019 – Sambutan penuh meriah Fiesta Himpunan Usahawan Belia dan Kerdipan Atlet Cemerlang Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan 2019 yang bermula pada 16hb Mac 2019 dan berakhir pada 17hb Mac 2019.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik khusus untuk para belia iaitu jualan produk-produk usahawan belia, Young Designer Talent, Kejohanan E-Sport PUBG, Pameran dari agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Sukan Rakyat, dan banyak lagi.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Daerah Ranau dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Ranau yang ditugaskan sebagai pasukan teknikal untuk acara Larian Kecergasan dan Harmoni Belia telah berjaya menarik hampir 200 belia-belia sekitar Daerah Ranau untuk mengikuti larian tersebut. Acara ‘Flag Off’ dirasmikan oleh YB En. Jonathan Yassin, Ahli Parlimen Ranau bersama-sama Setiausaha Tetap KBS Sabah, YBhg Datuk Haji Awang Damit bin Haji Awang Anak yang bermula tepat pada jam 7.00 pagi.
Dalam majlis penutupan yang disempurnakan oleh YB Datuk Abidin Madingkir, ADUN N31 Paginatan, beliau telah menyampaikan mock check geran bantuan kepada kelab-kelab belia di Daerah Ranau yang pernah memohon kepada pihak KBS Sabah. Ini sebagai satu langkah untuk menarik lebih banyak kelab belia untuk aktif menganjurkan program melalui bantuan geran tersebut.
PAPAR, 16 Mac 2019 – Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah, di bawah Unit Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya telah menganjurkan Program Inspire Italent Peringkat Negeri Sabah 2019 hari ini.
Program ini dilaksanakan di Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya, Kimanis Papar dan Universiti Malaysia Sabah. Selama 3 sesi akan diadakan iaitu setiap sabtu bermula pada 16 Mac 2019.
Penyertaan seramai 40 orang iaitu lelaki 27 orang dan wanita 13 orang. Antara pengisian program ini adalah Ujian Antropometri dan Ujian Asas Keupayaan Sukan. Salah satu objektifnya mengenalpsti bakat asas keupayaan sukan bagi Orang Kurang Upaya dan menggalakkan penglibatan OKU dalam aktiviti sukan.
TUARAN, 15 Mac 2019 - Seramai 20 orang ahli pemimpin PPIM Perhubungan Daerah Tuaran dan komuniti setempat hadir didalam aktiviti Aerodance fitness dibawah bimbingan Coach Lizzie bertempat di Dewan Tun IPG Kampus Lama Kent, Tuaran.
Menurut Pengerusi PPIM Tuaran, Saudari Salinah Sabli berkata program anjuran PPIM ini merupakan 1 inisiatif untuk dijadikan aktiviti mingguan persatuan bagi mempromosikan kempen gaya hidup sihat dikalangan ahli-ahli PPIM khususnya dan komuniti luar amnya disamping menggumpulkan dana persatuan ke arah kebajikan.
TAMPARULI, 14 Mac 2019- BSMM Daerah Tuaran terus mendekati masyarakat apabila mengadakan kempen menderma darah bertempat di kawasan terminal bas, Tamparuli.
Ketika bercakap dengan Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Yu Huang Temple Tuaran dan Unit Tabung Darah Hospital Tuaran.
Kelvin juga berkata, Jumlah kutipan mengikut kumpulan darah terdiri daripada darah O sebanyak 13, darah A sebanyak 6, darah AB sebanyak 2 dan darah B sebanyak 4 dengan keseluruhan jumlah penderma yang berjaya sebanyak 46 orang manakala jumlah penderma yang tidak berjaya seramai 21 orang.
KOTA MARUDU, 13 Feb 2019 - Kelab Belia Berinovatif Kampung Batutai (K3B) telah melaksanakan perlawanan persahabatan bola sepak antara K3B vs Pasukan Bola Sepak Real Gohsen, Kota Marudu pada 13 Mac 2019 yang lalu. Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan mengalakkan warga K3B dan belia dari kampung yang berhampiran bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi manfaat kepada semua warga K3B dan belia dari kampung lain agar berusaha untuk mencapai tahap kecergasan yang memuaskan disamping selain ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Aktiviti yang diadakan di Padang Bola Sepak Kampung Gohsen Kota Marudu ini melibatkan lebih 30 orang belia. Semoga dengan adanya aktiviti ini akan dapat melahirkan generasi belia yang sihat dan dan berbakat dalam bidang sukan.
PUTATAN, 13 Mac 2019 – Seramai 40 orang telah menyertai Program Let’s Get Fit@Gym yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah pada 10 Mac 2019 yang lalu.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Sukan Aerobik Taman Pasir Putih Putatan. Program Let’s Get Fit@Gym ini diperkenalkan untuk menarik penglibatan orang ramai bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan di sekitar Kompelsk Belia dan Sukan, Putatan.
Turut hadir menyertai program ini Encik Noorman bin Ramlan, Pegawai Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
PUTATAN, 13 Mac 2019 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Sukan Aerobik Taman Pasir Putih Putatan mengadakan Program Fitness Together (FT) bagi sesi 2/2019 pada 9 Mac 2019 yang lalu.
Program ini dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Fitnes Together yang akan dilaksanakan setiap hari Sabtu. Terbuka kepada wanita, surirumah yang berdekatan.
Objektif program ini adalah untuk mencapai matlamat individu/masyarakat agar lebih cergas, sihat serta berat badan lebih ideal. Disamping itu juga menggalakkan dan mebangunkan aktiviti kecergasan di peringkat negeri ataupun daerah.
KENINGAU, 13 Mac 2019 - Seramai 23 orang telah lulus dan menerima Sijil Pengadil Kelas 3 Sepak Takraw Bahagian Pedalaman Atas.
Kursus Kepengadilan adalah satu bidang penting untuk melahirkan pengadil dalam bidang sukan sekali gus membantu melahirkan atlet yang berkualiti. Pengendalian dalam bidang sukan semakin mendapat tarikan dalam kalangan masyarakat ketika ini sekaligus menyeru masyarakat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan.
Majlis Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Ybhg. Encik Neldin Gimbang, Penolong Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Turut hadir dalam program tersebut adalah Ybhg. Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau, Ybhg. Encik Madlee Mason, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Keningau dan Ybrs. Encik Ramian Ayub, Presiden Sepak Takraw ASTAKA Daerah Keningau
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262