.jpg)
PUTATAN, 8 April 2019- Encik R. Effendi bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan(P) Negeri Sabah serta Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah, JBSN Sabah telah membuat satu lawatan ke Gimnasium Rakyat, Kompleks Belia dan Sukan, Putatan hari ini.
Lawatan ini merupakan semakan selepas daripada lawatan Pegawai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sabah baru-baru ini.
Peralatan yang ada di gim rakyat tersebut telah digunakan lebih daripada 10 tahun. Terdapat peralatan gim yang tidak dapat digunakan lagi serta terdapat juga alatan yang memerlukan pembaikan untuk keselamatan pengguna.
Dari lawatan tersebut pengarah JBSN Sabah akan mengubah suai dan menambahkan peralatan yang baru pada masa akan datang.
Oleh:
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 358







.jpg)