LIKAS, 20 Jun 2019 - Satu lawatan pemantauan dan taklimat khas projek Pembinaan Stadium Ragbi Sabah kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah diadakan hari ini di pejabat tapak projek.
Pemantauan ini dilakukan bagi meninjau perkembangan kerja-kerja di tapak dan mengenalpasti punca kelewatan projek. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Murdee dari Bina Mukharram Sdn Bhd.
Pegawai-pegawai yang hadir dalam lawatan dan taklimat ini adalah Puan Hartini binti Rabu dan Nurrizwan Zainal Abidin dari ICU, JPM dan Mohd Faiz Abu Bakar dari Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.
Oleh: Tuan Haji Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini JBSN Sabah
KENINGAU, 20 Jun 2019 - Satu taklimat pelaksanaan Fit Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019 oleh YBhg. Encik R. Effendi Bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah kepada YB Tuan Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Sabah telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Keningau Sempena Lawatan Menteri ke Kompleks Sukan Keningau.
Pelaksanaan Fit Malaysia Peringkat Negeri Sabah tahun ini bakal dilaksanakan di Tawau dengan anggaran peserta 10,000 orang. Sambutan orang ramai pada program ini amat menggalakkan, seperti pelaksanaan sebelumnya di Kota Kinabalu dan Sandakan.
Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Encik Mohamad Mazlan Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
KENINGAU, 20 Jun 2019 - Lawatan Kerja dan Pemantauan oleh YBhg. Encik R. Effendi Bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah diadakan hari ini di Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau.
Antara tujuan lawatan kerja ini adalah melawat Pentadbiran dan Pengrusan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan seterusnya memantau perkembangan pelaksanaan program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di Bahagian Keningau.
Turut hadir dalam pemantauan tersebut ialah Encik Mohamad Mazlan Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
KENINGAU, 20 Jun 2019- Majlis Sambutan Kaamatan & Hari Raya Aidilfitri 2019 Jabatan dan Agensi Persekutuan Daerah Keningau telah berlangsung hari ini di Perkarangan Rumah Persekutuan Keningau pada 19 Jun 2019 yang lalu.
Tujuan program ini adalah meraihkan Sambutan Kaamatan & Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan Perpaduan dikalangan Penjawat Awam Persekutuan di Daerah Keningau. Selain itu, program ini juga merupakan program Tahunan yang sering mendapat Sambutan yang mengalakkan daripada semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan Darah Keningau.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Rasinin Koutis @ Kautis, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Turut hadir, Ybrs. Encik Lionel Alfred, Pengerusi Bangunan Rumah Persekutuan Keningau, Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, Cik Ivy Rudoplh, Pengurus Penyiaran Radio Keningau FM serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi Persekutuan Daerah Keningau.
TAWAU, 20 Jun 2019 – Satu mesyuarat pengurusan dan perancangan program telah diadakan di Bilik Mesyuarat PBS (P) Tawau yang dipengerusikan oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan Tawau (P) Bahagian Tawau pada 18 Jun 2019.
Antara agenda yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah perancangan Program “Fit Malaysia” yang bakal dilaksanakan pada awal bulan Ogos 2019 di daerah ini. Fit Malaysia akan memberi fokus tentang amalan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti kesukanan dan kecergasan berasaskan komuniti dengan penyertaan pelbagai peringkat umur.
Selain itu, agenda pengerusi telah memaklumkan bahawa Majlis Perpisahan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan Negeri Sabah) dan Majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan pada awal bulan Julai 2019.
Oleh itu, pengerusi meminta semua kakitangan memberikan kerjasama penuh dalam pelaksanaan kedua-dua program tersebut. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.10 tengah hari.
RANAU, 20 Jun 2019 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Sukan Sabah (SAGA) IX, Keningau 2019 bagi Kontinjen Ranau telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Ranau. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah merangkap Ketua Kontinjen Daerah Ranau iaitu YBhg Encik Mohd Yasin Ibrahim telah dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan serta pengurus-pengurus sukan yang terlibat.
Mesyuarat ini menyentuh mengenai perkara-perkara am SAGA 2019 serta perbincangan mengenai pengurusan pasukan dalam mempersiapkan diri dalam menempuh kejohanan berprestij di Sabah ini. Turut hadir Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pantai Barat, Encik Mohd Jaini Ag Jad serta Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Ranau, Encik Erzan Abdullah selaku urusetia bersama SAGA 2019 kali ini.
Dianggarkan lebih 200 atlet Daerah Ranau akan menyahut cabaran SAGA 2019 dan akan bertarung habis-habisan demi mencari yang terbaik antara 27 daerah yang akan mengambil bahagian nanti.
PUTATAN, 19 Jun 2019 - Sempena program temuduga Tube 6.0 yang diadakan di Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah Unit Pembangunan Belia telah mengadakan Promosi Pendaftaran pemilih Ahli Parlimen Belia Malaysia.
Pendaftaran ini terbuka kepada semua Belia Warganegara Malaysia yang berumur 15-25 Tahun. Tarikh tutup Pendaftaran ini ialah pada 21 Jun 2019.
KOTA KINABALU, 18 Jun 2019 - Sempena program Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Bersama-sama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah membuka booth makanan tradisional iaitu Kelupis dan kuah kacang yang sinonim dengan Sambutan perayaaan hari raya.
Tujuan program ini adalah meraihkan Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan Perpaduan dikalangan Penjawat Awam Persekutuan mahupun Negeri. Selain itu, program ini juga merupakan program Tahunan yang sering mendapat Sambutan yang mengalakkan daripada semua agensi Kerajaan Persekutuan diseluruh Negeri Sabah.
Turut meriahkan Majlis berkenaan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baru Tuan Phoong Jin zhe di iringi oleh Encik R. Effendi bin Razali Pengarah JBS Sabah ke booth makanan.
SANDAKAN, 18 Jun 2019 – Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah bersama Majlis Perbandaran Sandakan telah berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan pada pukul 9 pagi hari ini. Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan telah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka tersebut.
Ramai dif-dif kehormat yang turut hadir ke majlis ini antaranya adalah Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Jaujan Haji Sambakong selaku Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Peter Hii Chang Lik, J.P, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Puan Hajah Mat Salleh, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Yang Berhormat Tuan Arunarnsin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Yang Berhormat Tuan George Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah dan ramai lagi.
Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Jaujan Haji Sambakong telah menyampaikan ucapan kepada para hadirin yang hadir pada pagi tersebut. Terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh beliau sewaktu menyampaikan ucapannya. Selesai berucap, beliau beralih ke sesi temuramah bersama RTM sementara para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah hari raya yang menyelerakan seperti rendang kuah kacang, sotong goreng berempah, satay dan sebagainya sambil dihiburkan dengan lagu-lagu raya oleh ‘Atomic Power Buskers’.
Dengan adanya majlis-majlis seumpama ini masyarakat berpeluang mendekati para pemimpin negara dengan lebih dekat lagi dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama agensi-agensi kerajaan dan orang ramai.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262