
KENINGAU, 29 MEI 2019- Program Kongsi Kurma Untuk Berbuka Puasa telah berlangsung hari ini di Daerah Keningau anjuran Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Atas Keningau.
Program ini dilaksanakan oleh Gabungan Belia Pedalaman Atas menjelangnya Bulan Ramadhan sebagai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Dalam program kali ini adalah perkongsian penyerahan buah kurma dan air mineral bagi badan masjid dan surau serta kenderaan yang melintasi laluan yang ditetapkan. Sebanyak 250 buah bekas diedarkan pada program kali ini yang mensasarkan hampir 100 buah kenderaan.
Turut hadir program ini Ybrs. Encik iranmal Bin Haji Kasan, Pengerusi Gabungan Persatuan Pedalaman Atas Keningau, dan Ybhg. Encik Madlee Mason, Pegawai Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Daerah Keningau dan Encik Ryandie Angsukup, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 322










