BEAUFORT, 24 Jun 2019 – Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort telah berlansungnya lawatan kerja oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. En. R. Effendi Bin Razali.
Tujuan utama lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku di pejabat bahagian dan berbincang cara untuk menyelesaikan masalah tersebut selain daripada membincangkan keperluan pejabat bahagian.
Turut sama dalam lawatan kerja ini ialah En. Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort.
PUTATAN, 24 Jun 2019 - Pendekatan yang diambil oleh Pegawai Daerah dalam menangani permasalahan mesyarakat setempat tidaklah begitu mudah sekiranya tidak mempunyai sokongan dari semua lapisan masyarakat terutamanya pemimpin yang dilantik oleh rakyat di tempat berkenaan. Demikian antara perutusan Pegawai Daerah Putatan, YBhg. Encik Hassan Mahali ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Putatan Bil. 5/2019 di Pejabat Daerah Putatan baru-baru ini.
Beliau juga berkata usaha meringankan menyelesaikan luahan permasalahan yang seringkali dihadapi oleh rakyat perlu diberi pujian kepada 2 wakil rakyat yang berjiwa rakyat dalam menyelesaikan apa saja masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar daerah Putatan.
Beliau menambah pendekataan secara Cepat, Cekap dan Keterbukaan yang digunakan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan telah dapat menyelesaikan masalah banjir, kekurangan sekolah untuk menampung pelajar sekolah rendah dan menengah yang kian meningkat, pasarana kesihatan yang kurang dan tidak sesuai, kawalan keselamatan melalui anggota polis yang kurang dan sebagainya dapat ditangani dengan langkah-langkah yang diambil oleh kedua-dua pemimpin di kawasan ini.
Selain itu juga, proses menaik taraf Stadium Putatan juga sedang giat dipercepatkan bagi memberi kemudahan riadah dan kecergasan masyarakat kawasan Putatan.
Turut menghadiri menyuarat berkenaan, YB Awang Husaini bin Sahari, Ahli Parlimen Putatan dan YB Datuk Uda bin Haji Sulai, ADUN Petagas. Encik Joslam Bin Syarifuddin hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
SANDAKAN, 23 Jun 2019 - Pertandingan Futsal Program Sukan Luar Bandar Peringkat Bahagian Sandakan diteruskan lagi pada hari kedua kerana cuaca yang tidak begitu mengizinkan pada hari pertama program berlangsung. Perlawanan yang masih berbaki sebanyak 28 perlawanan telah berjaya dihabiskan pada pukul 5 petang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Munirawaty Binti Undang Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Sandakan dengan hadiah tempat pertama telah memenangi wang tunai bernilai RM300, manakala bagi tempat kedua mendapat wang tunai bernilai RM200 dan tempat ketiga bersama mendapat RM100.
TAMPARULI, 23 Jun 2019 - Pasukan Berbasikal Daerah Tuaran memulakan latihan itensif sebagai persediaan menghadapi Sukan Sabah (SAGA) IX Keningau 2019 di Tapak Latihan Berbasikal, Trek Jogging Tamparuli hari ini.
Seramai 8 orang atlet berbasikal daerah ini yang terdiri daripada Evander Willborn, Ev Angel Willborn, Gregory Gating, Arnold Dondy, Firdaus Andreas, Claywell O' Neil, Simeone Morales Raynell dan Erill Shawn Wilson akan menjalani latihan pada setiap hari Ahad bermula Jun sehingga November 2019 dibawah jurulatih, Encik Dan Darley Juanis Badin dan Pembantu Jurulatih, Encik Willborn Gondolos.
TUARAN, 23 Jun 2019 - Ketua Penaja Armada Bersatu Tuaran, Encik Mohd. Ghazali DSP Hj. Hajiji mahu aktiviti bersukan dijadikan sebagai amalan harian di dalam mewujudkan masyarakat yang sihat dan menjadi penggerak kepada kejayaan negara.
Berucap ketika menutup rasmi dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Bola Sepak 4 Penjuru anjuran Kelab Belia Kg. Nongkolud Tuaran di Padang SKPK Tuaran hari ini, beliau menegaskan hanya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dapat membina lebih kejayaan di masa akan datang.
Terdahulu Pengerusi Kelab Belia Kg. Nongkolud merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Encik Wan Sardinny Wan Kassim berkata objektif penganjuran pertandingan tersebut untuk merapatkan hubungan perpaduan antara kampung yang terlibat seterusnya memupuk budaya hidup sihat.
Kejohanan tersebut menyaksikan Pasukan Kg. Nongkolud dinobatkan sebagai Juara apabila menewaskan Pasukan Kg. Melalin diperlawanan akhir dengan jaringan 5-1. Tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Kg. Giling Tengah manakala Pasukan Kg. Rugading ditempat keempat.
Turut hadir didalam program tersebut, Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir, Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan, Pengerusi Skuad AADK Tuaran, Encik Muhd. Zaineh Hj. Razali dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
TUARAN, 23 Jun 2019 - BSMM Daerah Tuaran terus giat membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran apabila mengadakan kempen menderma darah bertempat di Medan Selera Tuaran hari ini.
Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Yu Huang Temple Tuaran dan Unit Tabung Darah Hospital Tuaran.
Seramai 55 orang telah mendaftar sebagai penderma dan berjaya mengutip 52 pints darah. Turut hadir didalam program berkenaan, Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir.
TUARAN, 22 Jun 2019 - Seramai 27 orang guru pemimpin PPIM PD Tuaran mewakili sekolah masing-masing telah menghadiri Bengkel Penilaian dan Pengurusan Buku log bertempat di Dewan Tun Mustapha IPG Kent Kampus Lama Tuaran.
Menurut Pengerusi PPIM Perhubungan daerah Tuaran, Puan Salinah Sabli, bengkel tersebut telah dikendalikan oleh unit Penilaian dan Penarafan PPIM PD Tuaran dan objektif utama adalah memberi pendedahan kepada guru pemimpin mengenai penulisan BUKU LOG dan kaitannya dengan PENILAIAN TAHAP PUTERI disamping mengenalpasti gabungjalin elemen/unsur pada setiap tajuk yang perlu ada dalam BUKU AKTIVITI KEPUTERIAN(GP) & BUKU LOG AHLI PUTERI(AP).
Salinah juga berkata PPIM PD Tuaran komited untuk memastikan sebanyak 32 sekolah dengan keahlian seramai 1245 orang (AP) yang telah berdaftar bagi tahun 2019 agar melaksanakan tahap penilaian kepada ahli-ahli puteri yang mana penilaian tersebut merupakan antara pengukur pencapaian KPI akhir untuk mempertingkatkan jumlah AP yang menerima sijil TAHAP PUTERI bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.
Puan Junddiah Majit, Jurulatih Utama AJK PPIM Perhubungan Negeri sabah (Unit penilaian &Penarafan) dan juga merupakan Jurulatih Kawasan bagi PPIM PD Tuaran bertindak sebagai fasilitator sepanjang bengkel berlangsung.
SANDAKAN, 22 Jun 2019 – Program Sukan Luar Bandar Bahagian Sandakan 2019 anjuran oleh Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan telah berlansung di Kompleks Sukan Komuniti Libaran dan PPR Taman Muhibbah Batu 12, Sandakan. Peserta program terdiri daripada penduduk setempat yang mula membanjiri pekarangan kompleks itu seawal pukul 7 pagi.
Dua acara yang dipertandingkan adalah Futsal dan juga Bola Tampar. Dalam pertandingan tersebut johan keseluruhan akan mendapat wang tunai sebanyak RM300, naib johan sebanyak RM200 manakala bagi tempat ketiga akan mendapat sebanyak RM100.
Majlis penyampaian hadiah pertandingan Bola Tampar telah disempurnakan oleh YBhg. Encik R. Effendi Bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Manakala bagi pertandingan Futsal, pertandingan telah disambung ke keesokan hari atas sebab factor cuaca yang tidak mengizinkan.
Secara amnya program ini telah berjaya meningkatkan semangat kesukanan dan kekitaan dikalangan penduduk dengan penerapan masyarakat berbudaya sukan. Hubungan perpaduan juga dapat dijalinkan dengan lebih erat di antara satu sama lain. Adalah diharapkan program ini akan dapat berlangsung dengan lebih meriah pada masa akan datang melalui peningkatan aktiviti yang dianjurkan.
SANDAKAN, 20 Jun 2019 – Mesyurat Penyelarasan Program Sukan Luar Bandar Bahagian Sandakan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan pada 19 Jun 2019 yang lalu.
YBhg Encik R. Effendi bin Razali selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah telah hadir mempengerusikan mesyuarat pada kali ini. Encik Muhamad Khaled bin Januil selaku pegawai projek membentangkan kertas kerja bagi Program Sukan Luar Bandar Bahagian Sandakan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Bonsang bin Tansong dari KRT PPR Taman Muhibbah batu 12 Sandakan yang mengendalikan pertandingan futsal dan Encik Mohd Aris bin Arshad dari Persatuan Bola Tampar Negeri Sabah yang juga mengendalikan pertandingan bola tampar. Kedua-dua pihak telah membentangkan dengan lebih terperinci tentang kedua-dua permainan yang bakal dipertandingkan semasa Program Sukan Luar Bandar bahagian Sandakan 2019 agar pertandingan lebih terancang dan berjalan dengan lebih lancar semasa hari kejadian.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262