
TAWAU, 3 Julai 2019 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Fit Malaysia 2019 pada hari ini memutuskan bahawa Padang Bandaran Tawau merupakan tempat utama aktiviti sukan pada hari program tersebut yang dijangka akan dilaksanakan pada 3 hingga 4 ogos 2019.
Mesyuarat ini yang bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di dewan persidangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah dipengerusikan oleh Datuk Haji Ir. Amrullah bin Haji Kamal, Presiden Majlis Perbandaran Tawau.
Beliau turut menyeru jawatankuasa pelaksana agar mengetengahkan sukan yang mendapat perhatian ramai terutamanya anak muda pada masa kini. Pelbagai agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat ini dan ditangguhkan pada jam1.00 petang.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 371









