
KENINGAU, 15 Mei 2019- Majlis Berbuka Puasa Sempena Program Jelajah Ramadhan RTM 2019 telah berlangsung hari ini di Perkarangan Rumah Persekutuan Keningau.
Program tahunan ini dilaksanakan oleh RTM Sabah menjelangnya Bulan Ramadhan sebagai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Dalam program jelajah kali Daerah Keningau merupakan pelaksanaan pertama bagi Laluan 4 Zon Sabah dan seterusnya akan dijalankan ke daerah-daerah yang lain seterusnya. Antara pengisian program ini adalah Memasak Bubur Lambuk, Rakaman Qasidah, Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian bantuan wang tunai kepada warga emas.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Rasinin Koutis @ Kautis, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Turut hadir, Ybrs. Cik Ivy Rudolfh, Pengurus Penyiaran Keningau FM, Encik Ryandie Angsukup, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan Encik Azri Golbin, Pegawai Agensi Anti Dadah Daerah Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 360









.jpg)