PUTATAN, 4 Mac 2019 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah telah mengadakan Mesyuarat Pagi Bil. 5/2019 yang dipengerusikan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Mesyuarat ini adalah bertujuan membincangkan mengenai beberapa program di bawah Unit Pembangunan Kecergasan Nasional, Unit Pembangunan Sukan Rekreasi, Unit Penggalakkan & Pembangunan Sukan, Unit Pembangunan Orang Kurang Upaya. Antara program yang dilaksanakan sepanjang bulan Mac 2019 seperti Program Fitness Together(FT), Program Let’s Get Fit@Gym, Program FitMalaysia@Comunity, Kem Bakat Badminton, Program Outrec Level 1, Pertandingan Mendaki, Program X games Challenge dan Inspire iTalent Peringkat Negeri Sabah.
Oleh :
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 247





.jpg)
