KOTA KINABALU, 20 Februari 2019 – Pegawai-pegawai Pejabat ini telah menjalankan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan persekitaran premis pejabat hari ini.
Gotong-royong yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas melibatkan kawasan yang telah dtumbuhi belukar di bahagian belakang premis dan sekitarnya.
Encik Stephen Andreas berkata aktiviti gotong-royong ini merupakan aktiviti bulanan yang akan dijalankan secara berterusan bagi mempastikan persekitaran Pejabat sentiasa berada didalam keadaan bersih dan ceria.
SANDAKAN, 20 Februari 2019 – Satu Mesyuarat Gerakan Pengguna Daerah Sandakan Bil. 1/2019 telah diadakan pada 19 Februari 2019(Selasa) bertempat di Bilik Selingan, Majlis Perbandaran Sandakan. Mesyuarat ini dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
YBhg. Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik, J.P. telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara tujuan mesyuarat berkenaan adalah untuk melantik ahli majlis dalam Gerakan Pengguna Daerah Sandakan setelah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. Cadangan melantik Gabungan Persatuan Belia Bahagian Sandakan sebagai ahli NGO dalam Gerakan Pengguna Daerah Sandakan disambut baik oleh ahli mesyuarat agar suara belia dapat didengar dalam isu-isu yang berkaitan.
Puan Munirawaty Binti Undang selaku Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah hadir ke mesyuarat tersebut.
SANDAKAN, 20 Februari 2019 – Mesyuarat Induk Pelaksanaan Hari Koperasi dan Keusahawanan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sandakan telah diadakan pada 18 Februari 2018 bersamaan dengan hari Isnin yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat, MRSM Sandakan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Ali bin Mohd Yusof selaku Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat, MRSM Sandakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa MRSM Sandakan akan melaksanakan program Hari Koperasi dan Keusahawanan Maktab Rendah Sains Mara pada 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di ruang legar MRSM Sandakan.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian telah diberi kepercayaan penuh dalam melaksanakan Pertandingan Berbasikal Mountant Bike (MTB) Eco Race pada hari tersebut. Puan Munirawaty Binti Undang selaku Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah hadir ke mesyuarat tersebut.
BEAUFORT, 19 Februari 2019 – Pihak Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort telah dijemput ke Majlis Kecemerlangan Kelab Beaufort Badminton Shuttle yang diadakan di dewan Sekolah Menengah St. Paul, Beaufort pada 18 Februari 2019 yang lalu.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua pelatih-pelatih Beaufort Badminton Shuttle dibawah kendalian Ketua Jurulatihnya En. Osman Latip yang telah berjaya mewakili Daerah Beaufort ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.
Majlis kecemerlangan ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Safwan Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Beaufort dan turut bersama-sama dalam upacara ini ialah En. Muhd Sani, Presiden Beaufort Badminton Shuttle.
NABAWAN, 19 Februari 2019- Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia 12 Bawah Tahun Peringkat Negeri Sabah 2019 telah berlangsung hari ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Nabawan, Nabawan.
Lebih 22 penyertaan setiap daerah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang terdiri daripada seluruh daerah di Negeri Sabah. Berikutan itu juga, tujuan kejohanan adalah bagi memilih atlet sepak takraw ke Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan pada bulan Mac ini.
TAMPARULI, 19 Februari 2019 - Pejabat ini menerima kunjungan belia dari Kg. Tajau, Tuaran hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Penaja Kelab, Saudara Mohd. Naim Abdul Rajik bertujuan untuk mendaftarkan kelab mereka di dalam sistem E-Roy disamping mendapatkan maklumat kepentingan bepersatuan dan juga peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh belia-belia khususnya di Kg. Tajau.
Taklimat sistem E-Roy telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan kelab berjaya didaftarkan sebagai Kelab Belia dan Beliawanis Kg. Tajau, Tuaran.
BEAUFORT, 18 Februari 2019 – Bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort telah berlansungnya perjumpaan antara pihak pejabat dan Jawatankuasa Persatuan Suara Belia Beaufort.
Objektif utama kunjungan hormat Persatuan Suara Belia Beaufort ke pejabat ini adalah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2019-2021 dan membincangkan kerjasama antara persatuan dan pejabat.
Antara yang hadir bersama-sama dalam kunjungan hormat ini ialah Abd Aimin Bin Salleh, Presiden SUARA, En. Harzuki Lim Bin Lim Sinin, Timbalan Presiden SUARA, En. Mohd Halbi Bin Abd Hassan, Setiausaha Agung SUARA dan beberapan orang ahli jawatankuasa yang lain.
SANDAKAN, 18 Februari 2019 –Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Belia Bahagian Sandakan Kali Pertama bagi Tahun 2019 telah diadakan pada Sabtu, 16 April 2019 bertempat di Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah, Sandakan. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Belia Bahagian Sandakan telah dirasmikan oleh YBhg Puan Dayang Mas Safiah Binti Hj Awang Mahali, mewakili YBhg Datuk Hj Awang Damit Bin Hj Awang Anak, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah
Encik Elvenson Henly Jumali, YDP Gabungan Belia Wawasan Daerah Tongod telah diberi mandat apabila dipilih sebagai Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Sandakan manakala Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Encik Ahmad Roni Titing. Encik Kamarudin Bin Mahalil dan Cik Khairunisa Binti Abdul masing-masing memegang jawatan Naib Pengerusi 1 dan Naib Pengerusi 2. Bagi jawatan Bendahari pula disandang oleh Puan Liana Binti Jamlin dan Encik Muil Bin Jimis selaku Penolong Bendahari.
Terdapat 7 Ahli Jawatankuasa lain yang turut dilantik pada hari tersebut. Mereka adalah Encik Mohd Hanif Bin Saideh, Cik Nordianawati Binti M.H. Yunus, Encik Joseph Nalat, Encik Azely Nin Aim, Encik Kasrun Bin Mahalil, En Ng Ka Wai dan Encik Mohd Saifullah Bin Mohd Aliman.
Turut hadir bersama, Puan Munirawaty Binti Undang, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan dan Encik Idi Ladinda, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan. Pemilihan tersebut berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang bantahan.
KENINGAU, 17 FEBRUARI 2019- Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Daerah Keningau 2019 telah berlangsung hari ini di Gelanggang Sepak Takraw Kg. Lingkudau, Keningau anjuran Kelab Belia Kg. Lingkudau, Keningau.
Lebih 16 penyertaan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang terdiri daripada penggiat sukan sepak takraw di kawasan Daerah Keningau.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Adzhar @ Eddy Tan Sri Datuk R.M Jasni, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262