- JBS Sabah
- Hits: 343
RATU FESYEN REMAJA KENINGAU 2018

KENINGAU, 20 Oktober 2018- Pertandingan Ratu Fesyen Remaja Keningau 2018 telah diadakan hari ini bertempat di Padang Bandaran Keningau anjuran Kolej Geomatika Keningau dan Syraikat SYZ Global Group.
Seramai Sembilan (9) orang peseta remaja telah mengambil bahagian dalam menampilkan fesyen pakaian tradisional suku kaum bumiputera sabah pada pertandingan kali ini. Majlis Pemahkotaan Ratu Fesyen Remaja Keningau 2018 disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Hajah Dayang Khatijah Bachtiyal, Presiden IKSNITA Sabah. Turut hadir Ybhg. Tuan Haji Yusop Bin Haji Osman, Pegawai Daerah Keningau, Ybrs. Encik Fazil Ajak, Reaktor Kolej Geomatika Keningau, Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau, dan Encik Madlee Mason, Pegawai Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Daerah Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 343









