BEAUFORT, 13 Oktober 2018 - Sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Beaufort 2018, Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pedalaman Bawah dengan kerjasama Kompleks Sukan Beaufort dan Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort telah menganjurkan Pertandingan Mix Volleyball HSN Beaufort 2018.
Pertandingan ini telah dijalankan di Gelanggang Futsal Pekan Beaufort melibatkan penyertaan dari Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, Papar dan daerah berdekatan yang. Pasukan LFS VT telah menjadi johan bagi pertandingan ini apabila menewaskan Ultramega Bigwin diperlawanan akhir.
Majlis penyampaian hadiah bagi acara ini disempurnakan oleh En. Yassin Omar, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pedalaman Bawah.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
PBSB Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 342







