
KUDAT, 2 Oktober 2018 – Satu mesyuarat penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kudat 2018 telah diadakan di bilik mesyuarat, Pejabat Daerah Kudat.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Sapdin bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kudat ini membincangkan tentang pelaksanaan program Hari Sukan Negara pada kali ini. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Kudat ini dilaksanakan melalui kerjasama Pejabat Daerah Kudat, agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan serta ngo yang terdapat di Kudat.
Antara pengisian program pada kali ini adalah seperti Senamrobik HSN, HSN Fun Walk, Sukaneka, Sukan Rakyat, dan pelbagai lagi aktiviti lain. Program ini dijangka akan disempurnakan oleh YB. Ben Chong, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, merangkap Adun N.2 Tanjung Kapor.
Oleh:
Jafrin Nordin
PBSB Kudat
- JBS Sabah
- Hits: 299






