BEAUFORT, 8 September 2018 - Pejabat Penerangan Daerah Beaufort dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah menganjurkan Program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Beaufort bagi tahun 2018.
Konvoi ini bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan yang ke 61 pada tahun ini dengan menyampaikan maklumat-maklumat kepada tempat-tempat yang disinggahi.
Antara jabatan-jabatan kerajaan yang menyertai konvoi ini adalah Pejabat Daerah Beaufort, Majlis Daerah Beaufort, IPD Beaufort, JKR Beaufort, KBSS Daerah Beaufort, JPJ Beaufort, Pejabat Kesihatan Wilayah Beaufort, Parti Warisan Bahagian Beaufort termasuklah Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort yang melibatkan sebanyak 27 buah kenderaan.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
PBSB Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 266








