BEAUFORT, 19 September 2018 - Mesyuarat Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Beaufort Bil. 1/2018 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort pada 18 September 2018 yang lalu.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan Kertas Konsep penganjuran Program Hari Sukan Negara bagi tahun 2018 kepada ahli-ahli mesyuarat yang terlibat antaranya Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort, Kelab Sukan Kecergasan Lembah Padas Beaufort dan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah. Selain itu, agenda lain mesyuarat ini juga ialah membentuk jawatankuasa program dan membincangkan senarai aktiviti yang akan dianjurkan.
BEAUFORT, 19 September 2018 - Bertempat di bilik mesyuarat, Pejabat Daerah Beaufort telah berlansungnya Mesyuarat Ke-2 Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Beaufort sempena Sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul & Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Beaufort 2018 pada 18 September 2018 yang lalu.
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan satu uji bakat kepada Qari dan Qariah belia kerana jawatankuasa telah bersetuju untuk memberikan kouta khas kepada qari dan qariah belia ini dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Beaufort 2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Shaid Othman, Pegawai Daerah Beaufort.
TAMBUNAN, 19 September 2016 - SABAH, 14 - 16 September 2018 - Kolej Geomatika Cawangan Keningau di bawah unit Hal ehwal Pelajar dengan kerjasama Pejabat Belia dan ukan (P) Bahagian Keningau telah melaksanakan program yang diberi nama ‘We care environment 1.0” pada 14 hingga 16 September 2018 yang lalu.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penuntut-penuntut Kolej Geomatika berkaitan kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar yang melibatkan aktiviti-aktiviti gotong-royong serta mengecat kawasan rekreasi Air Terjun Mahua dan peserta berkhemah selama 3 hari 2 malam di kawasan tersebut. Program tersebut yang melibatkan seramai 30 orang penuntut kolej dan 10 orang daripada kakitangan Kolej Geomatika, turut hadir adalah Puan Siti Sarah Bt. Md. Yusof selaku Timbalan Reaktor Hal Ehwal Pelajar Kolej Geoamatika dan Encik Rayner Petrus-Pegawai OSC Kolej Geomatika serta Encik Mohd Sofian Bin Samad mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau .
Majlis Penutup program tersebut dirasmikan oleh Tuan Jason mewakili Ketua Bahagian Parti Warisan Tambunan iaitu Tuan Justin Alip dan turut di hadiri oleh Encik Mohd Fazil, Ketua Eksekutif Kolej Geomatika Keningau.
TAWAU, 19 September 2018 – Hari Sukan Negara merupakan program tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Program ini menggalakkan penyertaan sukan daripada pelbagai peringkat umur tidak kira bandar dan luar bandar.
Pada tahun ini, Pejabat Belia dan Sukan selaku penganjur Hari Sukan Negara peringkat Bahagian Tawau bakal bekerjasama dengan pembekal peralatan sukan yang tidak asing lagi di daerah Tawau iaitu Jaguh Sports. Satu perjumpaan bersama pengurus Jaguh Sport, Encik Rizwan dengan Puan Mazlina Maming, Ketua Jabatan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau telah diadakan pada hari ini bagi membincangkan perancangan program dan aktiviti-aktiviti sempena Hari Sukan Negara Nanti. Turut hadir adalah Encik Felix Den Anthony Paru selaku Pegawai Penyelaras program.
KOTA KINABALU, 16 September 2018- Persatuan Mendaki Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan Program Sabah Boundering Competition 2018 bertempat di Suria Sabah pada 15 hingga 16 September 2018.
Pertandingan Mendaki Tembok Tiruan ini adalah bertujuan membina ketahanan diri dari segi mental dan fizikal yang merangkumi segala aspek latihan yang perlu dilalui bagi memastikan tahap kecergasan dan persiapan diri sentiasa berada pada tahap yang sepatutnya. 3 Kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan wanita junnior, kategori lelaki dan wanita peserta baharu dan kategori lelaki dan wanita terbuka.
Bagi katogeri lelaki Junnior tempat pertama Sean Chew,naib johan Alexsis Wong, ketiga Elvrony,keempat Adrian Adam dan kelima Abdul Hakim Bagi kategori wanita Junnior johan Nadia Eve Alexsius,naib johan Phebe Ting Lee Ann,ketiga Abigail Tsen dan tempat keempat Charis Chung. Bagi kategori peserta baharu wanita johan Mitchie roger,naib johan nadia Eve Alexcius dan tempat ketiga Tiara Fatin Nasip Bagi kategori lelaki peserta baharu johan Shaiful Azhar Talib,tempat kedua Soon lur Lunn,tempat ketiga Kevin Eddie Bagi kategori wanita terbuka johan Tiara Aman,naib johan Janetha Lingam dan ketiga Esther Chung dan kategori lelaki johan Zahin Mohd Ashhar,naib johan Muhammad Syafiq Kamarudin dan tempat ketiga Adam Shiew Jun Rong.
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YB Poon Ming Fung@Frankie, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah diiringi oleh Dato Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha KBS Malaysia dan encik R. Effendi bin Razali Pengarah JBS (P) Negeri Sabah.
KOTA KINABALU, 16 September 2018 - Sesi Dialog YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan tajuk "Unlocking The Power Of Young People" bertempat di Grand Ballroom Likas Square Hotel.
Dalam sesi Dialog YB Menteri menekankan mengenai mencungkil bakat dan potensi baru para belia. Selain itu, membangunkan belia dengan keyakinan dan keberanian untuk berubah ke arah yang lebih baik supaya menjadi pelapis kepimpinan Negara. YB juga menekankan supaya kepimpinan Belia bawah 35 tahun perlu menonjolkan diri dengan idea-idea bernas serta berkeloborasi dengan kepimpinan yang lama secara konsisten bagi menyerlahkan lagi potensi diri dalam kepimpinan sesebuah organisasi.
Siri Dialog ini mencatatkan jumlah penyertaan luar biasa hingga melebihi 1000 orang hadir bagi menyampaikan sendiri pertanyaan secara terus kepada YB Menteri. Turut hadir dalam sesi berkenaan YB Poon Ming Fung @ Frankie Menteri Belia dan Sukan Sabah dan YB Tuan Arunarnsin bin Taib Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah serta Dato' Lokman Hakim Ali KSU Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
KENINGAU, 16 September 2018- Fitness Karnival Gegar Keningau telah berlangsung sepanjang pada 15 September 2018 jam 8.00 malam bertempat di Padang Bandaran Keningau, Sabah.
Aktiviti yang dijalankan adalah meliputi keseluruhan aktiviti fitness dalam bentuk tarian, Zumba dan senamrobik. Pelaksanaan aktiviti ini dijayakan oleh Gymnasium Fitness Shape-Up Keningau.
TAWAU, 16 September 2018 – Karnival Sukan Piala Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam acara Badminton, Bola Tampar dan Bola Jaring telah berlangsung pada 14hb hingga 16hb September 2018 yang lalu.
Karnival ini telah diadakan di Kompleks Sukan Hap Seng, Bandar Sri Indah Tawau dengan penyertaan seramai 400 orang. Karnival anjuran Majlis Perbandaran Tawau ini turut dibantu oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau sebagai Jaawatankuasa Teknikal. Encik Alijus Sipil, Presiden MPT dalam Ucapan perasmiannya menyatakan bahawa karnival ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Tawau bersukan, mengeratkan perpaduan antara sesama serta mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan berkenaan.
KENINGAU, 16 September 2018- “Arm Wrestling” Karnival Gegar Keningau telah berlangsung sepanjang 2 hari berturut pada 15 - 16 September 2018 bertempat di Padang Bandaran Keningau, Sabah.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah 65kg ke bawah, 75 kg - 80 kg dan 85 kg ke atas yang melibatkan seramai 60 orang peserta di Bahagian Pedalaman Atas ini. Anjuran program oleh Pejabat Daerah Keningau dengan kerjasama Kelab Sukan Gusti Lengan Keningau
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262