- JBS Sabah
- Hits: 331
MESYUARAT BADAN DAKWAH DAERAH BEAUFORT SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH DAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BEAUFORT 1440H/2018M
BEAUFORT, 5 September 2018 - Badan Dakwah Daerah Beaufort yang dipengerusikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Shaid Bin Othman, Pegawai Daerah Beaufort telah mengadakan mesyuarat sempena Sambutan Maal Hijrah dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Beaufort bagi tahun 2018.
Mesyuarat ini membincangkan mengenai hal berkaitan kos perbelanjaan, tarikh dan tempat bagi program ini akan diadakan.
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort berperanan untuk mewar-warkan mengenai Majlis Tilawah Al-Quran kepada para belia sekitar daerah Beaufort untuk ikut serta agar banyak lagi pelapis yang dapat diketengahkan untuk masa hadapan.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
PBSB Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 331







