- JBS Sabah
- Hits: 323
TAKLIMAT HFMD PENGISIAN MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH (JKTD) KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 17 Ogos 2018 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) Kota Kinabalu bertempat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Noorliza Ag. Alip, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK merupakan mesyuarat berkala setiap bulan yang mana turut dihadiri oleh YB. Tuan Tan Lee Fat, ADUN Likas, Pengarah-Pengarah DBKK dan Ketua-Ketua Jabatan agensi Kerajaan Negeri/ Persekutuan kawasan DBKK.
Pegawai Kesihatan kawasan Kota Kinabalu turut memberi taklimat pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) kepada semua ahli mesyuarat. Encik Ibi Mongai hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 323








