- JBS Sabah
- Hits: 299
CERAMAH ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) BAKAL TURUN KE TIGA SEKOLAH DI SANDAKAN DALAM MASA TERDEKAT

SANDAKAN, 13 Ogos 2018 – Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan sekali lagi telah berkunjung ke S.M.K. Elopura Bestari, S.M.K. Agama, dan S.M.K. Elopura 2 untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah bagi mengadakan Ceramah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Kunjungan tersebut diadakan pada 09 Ogos 2018 bersamaan hari Khamis.
Kunjungan tersebut telah dilakukan oleh Encik Idi Ladinda, Penolong Pegawai dan Sukan kepada Penolong Kanan Kurikulum S.M.K. Elopura Bestari iaitu Encik Alias Che Long, Penolong Kanan Ko-Kurikulum S.M.K. Agama Tun Juhar iaitu Encik Anwar Bin Madsalani, dan Penolong Kanan Pentadbiran, S.M.K. Elopura 2 iaitu Puan Noormah Binti Pannuh. Tujuan kunjungan tersebut adalah memberikan penerangan mengenai Ceramah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang akan disampaikan dan untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan ceramah tersebut.
Oleh:
Idi Ladinda
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 299






