
TUARAN, 25 Ogos 2018 - Tiga (3) orang atlit paralimpik Sabah iaitu Ervand Elias, Noraishah Binti Abdullah dan Vicktor Ng Jian Yi giat menjalani latihan olahraga bersama-sama Tuaran Athletics Club, coach Victor Suan dan Josephen Maria Job sejak Januari 2018 bagi menghadapi kejohanan-kejohanan olahraga akan datang.
Bercakap dengan Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan, Ketua Jurulatih TA, Victor Suan berkata, sepanjang menjalani latihan di Padang IPG Kent Tuaran terdapat peningkatan prestasi yang ditunjukkan apabila Ervand Elias mendapat pingat perak bagi acara 100m, 4 x100, 4 x400 dan tempat kedua acara 400m lelaki di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2018 yang mana ianya juga merupakan ujian masa untuk para sukma.
Selain Ervand, prestasi meningkat juga ditunjukkan oleh atlit Noraishah Binti Abdullah apabila menduduki tempat pertama dan kedua bagi acara 400m dan 800m (wanita) semasa kejohanan tersebut. Sementara atlit Vicktor Ng Jian Yi ditempat ketiga bagi acara 800m lelaki.
Victor juga menambah semasa Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2018 pada baru-baru ini, Ervand Elias berjaya membawa balik pingat Perak bagi acara 4 x 100m.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 363







