
PUTATAN, 6 September 2018 - Klinik CubPrix KBS Peringkat Negeri Sabah 2018 telah dilaksanakan di Dewan Seri Putatan. Klinik ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Petronas CubPrix.
Klinik ini adalah bertujuan untuk mendidik peserta mengenai Cub Prix sebagai platform perlumbaan yang betul, memberi kesedaran kepada anak muda bahawa banyak ruang dan peluang boleh diperolehi sekiranya mereka memilih sukan perlumbaan sebagai karier dan mendidik peserta mengenai kepentingan keselamatan jalanraya,etika di jalanraya serta undang-undang jalanraya.
Majlis penutupan disempurnakan oleh YB. Tuan Arunarnsin bin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut hadir menjayakan Majlis ini Encik R.Effendi Razali, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sabah, Tuan Haji Mat Jaidin bin Mohd Yassin, TSUT KBS Sabah dan Puan Mahanum binti Fauzi, Timbalan Pengarah Cawangan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, KBS Malaysia.
Oleh:
Norhayati Tasif
JBSN Sabah.
- JBS Sabah
- Hits: 336









